awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beruang Turkiye jadi tular selepas terlalu banyak makan buah

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2025
01:15 MYT
Beruang Turkiye jadi tular selepas terlalu banyak makan buah
Okan dibawa ke universiti veterinar untuk pemeriksaan, dan disahkan sihat tanpa masalah serius. - Foto X/Boşuna Tıklama
ISTANBUL: Seekor beruang coklat dari Turkiye mencuri perhatian dunia selepas rakaman keadaannya yang sakit perut akibat makan terlalu banyak buah menjadi tular di media sosial.

Ringkasan AI
  • Beruang Okan jadi tular: Seekor beruang coklat dari Turkiye mengalami sakit perut selepas makan terlalu banyak buah, mencetuskan perhatian global di media sosial.
  • Keadaan kesihatan stabil: Okan dibawa ke universiti veterinar untuk pemeriksaan, dan disahkan sihat tanpa masalah serius.
  • Pemantauan dan populariti meningkat: Dietnya kini dipantau rapi, dan Okan semakin dikenali serta disukai oleh pelawat taman hidupan liar.

Beruang jantan seberat 300 kilogram yang dikenali sebagai Okan itu dibawa ke Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Istanbul Cerrahpaşa selepas menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan perut dan kesakitan abdomen.
Menurut Pengerusi Kompleks Alam dan Kehidupan Istanbul, Burak Memişoğlu, Okan menjalani imbasan CT dan ujian darah, namun keputusan menunjukkan tiada masalah serius.
“Ia kini sihat, jinak dan gembira. Malah akan dibenarkan bermain di kolam untuk menyejukkan badan,” katanya kepada CNN Turk.
Okan bukan kali pertama mengalami masalah sama. Tiga tahun lalu, dia turut menerima rawatan akibat makan buah secara berlebihan.
Ketika itu, seorang kakitangan baharu yang tidak tahu nama beruang tersebut telah menamakannya “Okan” - nama yang kekal hingga hari ini.
Pusat pemulihan kini memantau pemakanan Okan dengan lebih teliti.
Dietnya kini merangkumi buah-buahan bermusim, sayur-sayuran, ikan bonito dan madu ketika musim sejuk.
Pelawat yang datang ke taman hidupan liar turut mengenali Okan daripada berita dan menikmati keletahnya yang ceria.
Insiden ini bukan sahaja mencuit hati netizen - dengan komen lucu seperti “sama macam kawan saya bila makan bufet percuma” - tetapi juga mengingatkan tentang pentingnya pemantauan kesihatan haiwan liar yang dipelihara dalam pusat pemulihan.
Topic Berkaitan
#Okan
#beruang
#makan buah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan