INTERNATIONAL
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara

residen Biden dan isteri , Jill Biden menyaksikan keranda bekas Presiden Jimmy Carter diusung semasa pengebumian negara di Washington, Amerika Syarikat pada Khamis. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberikan penghormatan kepada mendiang bekas Presiden Jimmy Carter pada Khamis dalam majlis pengebumian negara yang diadakan di Washington DC, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Dalam ucapannya, Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Presiden bakal dilantik Donald Trump serta bekas Presiden Barack Obama, George W. Bush dan Bill Clinton turut hadir pada majlis di National Cathedral, Washington.
Carter meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 100 tahun.Anggota Demokrat itu berkhidmat sebagai Presiden dari 1977 hingga 1981.
Sebuah majlis pengebumian keluarga akan diadakan kemudian pada Khamis di kampung halaman Carter di Plains, Georgia. Upacara peringatan telah bermula di negeri asalnya pada Sabtu lalu.
Biden telah mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang selama 30 hari, termasuk pada hari Trump mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Jan, yang mencetuskan kemarahan Republikan. - BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami