awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2021
23:13 MYT
Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
Biden berkata, keputusannya itu adalah hasil daripada komitmen kepada pasukan Amerika Syarikat. - Foto fail/AP
PRESIDEN Joe Biden menegaskan beliau kekal dengan pendiriannya untuk mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan dan menolak kritikan mengenai keputusan tersebut.
Biden berkata, misi Amerika Syarikat bukan membangunkan negara itu dan beliau menyalahkan Taliban kerana mengambil alih negara itu.
Biden turut menyalahkan pemimpin politik Afghanistan yang melarikan diri ke luar negara dan keenganan tentera Afghanistan untuk memerangi kumpulan Taliban.
Parti Demokrat menghadapi kritikan besar bahkan daripada diplomatnya sendiri kerana membuat keputusan mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan.
Ribuan orang awam terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan selepas Taliban merampas ibu negara Kabul.
Biden berkata, keputusannya itu adalah hasil daripada komitmen kepada pasukan Amerika Syarikat bahawa beliau tidak akan meminta mereka mempertaruhkan nyawa untuk perang yang sudah lama berakhir.
Dalam masa yang sama, Biden memberi amaran kepada pemimpin Taliban agar tidak menganggu penarikan diri tentera Amerika Syarikat atau terima akibatnya.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#tentera
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan