awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden salur bantuan senjata terbesar ke Ukraine

Bernama
Bernama
09/08/2022
04:31 MYT
Biden salur bantuan senjata terbesar ke Ukraine
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan Amerika Syarikat akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus. - Gambar fail
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Isnin mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus.
Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej itu - pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021 - termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS), lapor Xinhua.
Washington juga akan menghantar 1,000 Javelin, ratusan sistem anti-perisai AT4, 50 kenderaan rawatan perubatan berperisai, bahan letupan, peluru pemusnah dan peralatan pemusnah ke Kyiv, menurut kenyataan itu.
Bekalan senjata baharu diumumkan itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine bernilai US$9.8 bilion sejak Biden memegang jawatan sebagai Presiden, menurut Pentagon. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#bantuan senjata
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan