awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden umum AS$900 juta bajet infrastruktur pengecas kereta elektrik

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2022
00:45 MYT
Biden umum AS$900 juta bajet infrastruktur pengecas kereta elektrik
Biden mengembara ke pameran auto antarabangsa Amerika Utara besar-besaran dalam melengkapkan undang-undang iklim, cukai dan penjagaan kesihatan baharu. - Foto REUTERS
MICHIGAN: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden umum kelulusan wang infrastruktur pertama AS$900 juta bagi membangunkan pengecas kereta elektrik (EV) merentasi sistem lebuh raya nasional di 35 negeri.
Undang-undang infrastruktur 2021 Biden menyediakan AS$5 bilion dalam tempoh lima tahun bagi membantu negeri mewujudkan rangkaian stesen pengecas EV.
Biden mempamerkan usaha pentadbirannya dengan mempromosikan kenderaan elektrik semasa lawatannya ke pameran kereta Detroit.
Biden mengembara ke pameran auto antarabangsa Amerika Utara besar-besaran dalam melengkapkan undang-undang iklim, cukai dan penjagaan kesihatan baharu.
Ia turut menawarkan insentif cukai untuk membeli kenderaan elektrik.
Di bawah undang-undang baharu, kenderaan elektrik mesti dibina di Amerika Utara untuk layak mendapat kredit cukai persekutuan sehingga AS$7,500.
Bateri untuk kenderaan yang layak juga mesti diperbuat di Amerika Utara kerana terdapat keperluan untuk mineral bateri dihasilkan atau dikitar semula di benua itu.
Kredit itu bertujuan untuk mewujudkan rantaian bekalan kenderaan elektrik Amerika Syarikat dan menamatkan pergantungan kepada negara lain, terutama China.
Langkah-langkah itu mencetuskan perebutan oleh pembuat kereta untuk mempercepatkan usaha mencari bateri buatan Amerika Utara dan mineral bateri dari Amerika Syarikat, Kanada atau Mexico untuk memastikan EV layak mendapat kredit.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#pengecas kereta elektrik
#sistem lebuh raya
#Infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan