awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik berkaca hotel menghadap harimau diarah tutup

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2022
01:40 MYT
Bilik berkaca hotel menghadap harimau diarah tutup
Seekor harimau berjalan di tepi sebuah bilik kaca di Hotel Sendi Tribe Treehouse di Nantong, timur China baru-baru ini. - Foto Weibo/Natong Forest Safari Park
BEIJING: Sebuah hotel yang mempunyai sebuah bilik berkaca untuk tetamunya yang menghadap ke arah harimau diarahkan tidak lagi menawarkan pakej seperti itu di timur China baru-baru ini.
Arahan penutupan bilik itu dikeluarkan oleh pegawai kerajaan atas alasan bimbang tentang isu-isu kebajikan haiwan.
Sebelum ini terdapat satu rakaman video yang berlegar di media sosial menunjukkan seekor harimau berjalan-jalan di tepi tingkap kaca bilik tersebut sehingga mencetuskan perdebatan hangat tentang perlindungan haiwan, keselamatan dan lain-lain isu.
Bilik berkaca itu terdapat di Hotel Sendi Tribe Treehouse di Nantong, timur China.
Hotel itu dihubungkan dengan Taman Safari Hutan Nantong, salah sebuah zoo berskala besar di rantau tersebut yang mempunyai hampir 20,000 haiwan liar.
Media kerajaan melaporkan, harimau dan haiwan lain boleh berasa cemas apabila begitu dekat dengan kaca.
Hotel itu pernah menawarkan bilik kepada pengunjung-pengunjung dengan pemandangan yang menghadap ke arah zirafah, singa dan kuda belang.
Radio Kebangsaan China menyatakan, hotel itu mungkin menggunakan Tahun Harimau mengikut kalender Cina sebagai gimik pemasaran dan mempromosikan bilik menghadap haiwan tersebut menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. -Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bilik kaca
#menghadap harimau
#Hotel Sendi Tribe Treehouse
#Taman Safari Hutan Nantong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan