awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan

Bernama
Bernama
08/05/2025
16:09 MYT
Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan
Gates turut menggalakkan golongan kaya untuk mempercepatkan sumbangan kebajikan mereka, sambil menyifatkannya sebagai "cara yang amat berkesan untuk memberi kembali kepada masyarakat." - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates pada Khamis mengumumkan beliau akan mendermakan 'hampir keseluruhan' kekayaannya yang dianggarkan berjumlah AS$200 bilion dalam tempoh dua dekad akan datang, dengan rancangan untuk menutup secara kekal Yayasan Bill & Melinda Gates menjelang akhir 2045, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Bill Gates akan dermakan hampir semua kekayaannya dan tutup Yayasan Bill & Melinda Gates menjelang 2045.
  • Fokus sumbangan akan tertumpu kepada kesihatan ibu dan anak, penyakit berjangkit, dan pembasmian kemiskinan.
  • Gates seru golongan kaya mempercepatkan derma untuk manfaat masyarakat global.

Gates menggariskan garis masa baharu untuk pelan filantropinya dalam satu catatan blog, menandakan perubahan ketara daripada piagam asal yayasan itu yang merancang untuk ditutup beberapa dekad selepas kematiannya.
"Dalam 25 tahun pertama Yayasan Gates - yang turut dikuasakan oleh kemurahan hati Warren Buffett - kami telah menyumbangkan lebih US$100 bilion. Dalam dua dekad akan datang, kami akan menggandakan jumlah pemberian ini," tulis Gates, yang mempunyai nilai kekayaan bersih sebanyak US$113 bilion menurut Forbes.
Dermawan berusia 69 tahun itu menyatakan bahawa pembiayaan masa depan yayasan akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama: menghapuskan kematian ibu dan anak yang boleh dicegah, membasmi penyakit berjangkit yang membawa maut, serta membantu ratusan juta orang keluar daripada kemiskinan.
Gates turut menggalakkan golongan kaya untuk mempercepatkan sumbangan kebajikan mereka, sambil menyifatkannya sebagai "cara yang amat berkesan untuk memberi kembali kepada masyarakat."
"Pengumuman hari ini hampir pasti menandakan permulaan bab terakhir dalam kerjaya saya, dan saya reda," katanya, sambil meluahkan harapan untuk "masa depan yang membolehkan setiap orang, di mana jua, berpeluang menjalani kehidupan yang sihat dan produktif."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bill Gates
#derma
#kekayaan
#kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan