awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang mampu seru roh jahat, sekolah Katolik di AS haramkan buku Harry Potter

Agensi
Agensi
03/09/2019
15:28 MYT
Bimbang mampu seru roh jahat, sekolah Katolik di AS haramkan buku Harry Potter
Novel Harry Potter, yang ditulis oleh penulis British JK Rowling, adalah antara penerbitan yang popular di seluruh dunia. - Gambar fail
Pengamal ilmu pengusiran roh jahat di Nashville, Amerika Syarikat (AS) telah menasihatkan sebuah sekolah di Nashville supaya mengharamkan novel Harry Potter, kerana ditakuti pembacaannya boleh ‘memanggil’ kuasa jahat.
Agensi berita AFP melaporkan, paderi senior Dan Reehil telah menghubungi pihak berkepentingan di Rom dan AS, menggesa buku bertema fantasi itu segera diharamkan di perpustakaan Sekolah Katolik St Edward di Tennessee.
Dilancarkan pada tahun 1997, siri novel Harry Potter mengisahkan tentang pertembungan dunia baik dan jahat dengan tumpuan cerita pada perjalanan kehidupan seorang ahli sihir kanak-kanak yang berdepan dengan ancaman watak jahat, iaitu Lord Voldemort.
"Sumpahan dan mentera yang digunakan dalam novel-novel itu adalah sumpahan dan mentera sebenar, dan jika dibaca oleh manusia dikhuatiri mampu menyeru kehadiran roh jahat," ujar paderi itu dalam e-mel yang dihantar kepada media tenmpatan.
Pemantau sekolah Katolik di Nashville, Rebecca Hammel, memberitahu akhbar tempatan, The Tennessean, bahawa Reehil mempunyai ‘kuasa penuh untuk membuat keputusan itu’.
Walaupun sekolah itu menyimpan siri novel berkenaan, ia tidak akan diberikan sebagai bahan bacaan untuk pelajar-pelajar di perpustakaannya yang baru dibuka, ujar Hammel.
Novel Harry Potter, yang ditulis oleh penulis British JK Rowling, adalah antara penerbitan yang popular di seluruh dunia.
Sebelum ini, seruan pengharaman novelnya itu sudah dilaporkan di serata AS dan Britain, kebanyakannya ada kaitan dengan dakwaan ia mengetengahkan nilai-nilai dunia syaitan dan ilmu hitam.
Topic Berkaitan
#ajaran katolik
#Harry Potter
#ilmu hitam
#ilmu sihir
#mentera
#novel
#sekolah katolik
#syaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan