awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biro Antirasuah Ukraine dijangka dakwa anggota parti Zelenskyy - Ahli Parlimen

Bernama
Bernama
30/11/2025
22:50 MYT
Biro Antirasuah Ukraine dijangka dakwa anggota parti Zelenskyy - Ahli Parlimen
Penggubal undang-undang Ukraine ketika menghadiri sidang Parlimen di Kyiv, Ukraine, 19 Nov 2025. - REUTERS
MOSCOW: Biro Antirasuah Kebangsaan Ukraine (NABU) dijangka mengenakan pertuduhan rasuah terhadap beberapa ahli parlimen daripada parti pemerintah Presiden Volodymyr Zelenskyy, Servant of the People, kata ahli parlimen Ukraine Oleksandr Dubinskyi yang kini ditahan atas tuduhan khianat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Biro Antirasuah Kebangsaan Ukraine (NABU) dijangka mengenakan pertuduhan rasuah kepada beberapa ahli parlimen dari parti Presiden Zelenskyy.
  • Siasatan NABU tertumpu kepada pengubahan pendapatan haram dan penerimaan kelebihan tidak wajar, termasuk bayaran bulanan 'wang petrol' yang disyaki daripada dana tunai haram.
  • Skandal rasuah yang melibatkan individu rapat Zelenskyy mendapat perhatian serius dengan pelbagai individu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Ukraine ditahan atau diberhentikan dari jawatan masing-masing.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dalam masa terdekat beberapa ahli parlimen Servant of the People akan menerima notis pertuduhan NABU.
"Saya tidak tahu jumlah tepatnya, tetapi fokus siasatan adalah jelas: pengubahan pendapatan yang diperoleh secara haram serta pemberian dan penerimaan kelebihan yang tidak wajar.
"Siasatan turut memberi tumpuan, antara lain, kepada bayaran bulanan 'wang petrol' - iaitu bayaran pampasan perjalanan ke sesi Rada [parlimen] daripada dana tunai haram milik [individu rapat Zelenskyy, Timur] Mindich," kata Dubinskyi di Telegram.
Pada Jumaat, NABU mengesahkan menjalankan serbuan di pejabat bekas ketua pejabat Zelenskyy, Andriy Yermak, bersama Pejabat Pendakwa Raya Khas Antirasuah (SAPO) susulan skandal rasuah itu, dan menyatakan bahawa serbuan tersebut adalah sebahagian daripada siasatan berterusan.
Kemudian, Zelenskyy menandatangani dekri menamatkan perkhidmatan Yermak.
Satu skandal rasuah berprofil tinggi tercetus di Ukraine awal bulan ini apabila NABU menyasarkan satu skim rasuah dalam sektor tenaga yang melibatkan Mindich.
Pada 11 Nov, NABU mendakwa tujuh ahli sebuah kumpulan jenayah yang didakwa mengendalikan skim rasuah berkaitan sektor tenaga itu, termasuk Mindich.
Pada 13 Nov, Zelenskyy mengenakan sekatan terhadap Mindich dan ketua kewangannya, ahli perniagaan terkenal Oleksandr Tsukerman.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Ukraine Oleksiy Chernyshov telah ditahan, manakala Menteri Tenaga Svitlana Grynchuk dan Menteri Kehakiman German Galushchenko pula dipecat berikutan penglibatan mereka dalam skandal rasuah yang digambarkan sebagai terbesar dalam sejarah Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#Ukraine
#Rasuah
#Timur Mindich
#Oleksandr Dubinskyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan