awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blinken, Abbas bincang hubungan dua hala, perkembangan terkini di Palestin

Bernama
Bernama
01/02/2022
07:36 MYT
Blinken, Abbas bincang hubungan dua hala, perkembangan terkini di Palestin
Abbas (kanan) mengulangi kepada Blinken bahawa keadaan semasa tidak boleh berterusan. - AP Newsroom / Facebook @President Mahmoud Abbas
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken pada Isnin membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan terkini di Palestin dalam satu perbualan telefon.
Abbas mengulangi kepada Blinken bahawa keadaan semasa tidak boleh berterusan, lapor agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Palestin WAFA.
Israel sepatutnya menghentikan aktiviti pencerobohan untuk penempatan dan serangan oleh penduduk Yahudi serta pengusiran rakyat Palestin dari kawasan kejiranan Baitulmaqdis, katanya.
Abbas juga menekankan keperluan untuk menghentikan amalan satu hala Israel yang menjejaskan penyelesaian dua negara serta melaksanakan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.
Beliau menegaskan kepentingan untuk terus berusaha mengukuhkan hubungan dengan AS dan menangani kekangan yang menghalang hubungan itu.
Sementara itu, Blinken menegaskan semula akan komitmen AS terhadap penyelesaian dua negara.
Beliau menyatakan pentadbiran Biden menyedari kesukaran politik dan ekonomi yang sedang dilalui Pihak Berkuasa Palestin dan menekankan penolakannya terhadap pencerobohan, serangan dan pencerobohan penempatan ke kawasan Pihak Berkuasa Palestin.
Beliau menambah bahawa pentadbiran Biden komited untuk membuka semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#Baitulmaqdis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan