BNN Indonesia serbu pusat pemprosesan cecair vape, dua warga Malaysia ditahan

Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menahan dua warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dalam pemprosesan cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi "etomidate". - Foto hiasan/Freepik
JAKARTA: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menahan dua warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dalam pemprosesan cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi "etomidate".
Ringkasan AI
- BNN Indonesia tahan dua warganegara Malaysia terlibat dalam pemprosesan cecair rokok elektronik mengandungi "etomidate" di Jakarta Selatan.
- Suspek disyaki mengimport 3,000 kartrij vape kosong untuk campurkan "etomidate" sebelum dimasukkan ke dalam kartrij vape.
- Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Undang-Undang Narkotik Indonesia No. 35 Tahun 2009 selepas serbuan yang turut merampas cecair "etomidate" dan barangan lain.
"Ketika serbuan, kedua-dua suspek sedang mencampurkan cecair 'etomidate' untuk dimasukkan ke dalam kartrij vap," katanya dalam kenyataan, di sini, Jumaat.
Dalam serbuan itu, beliau berkata BNN turut merampas cecair 'etomidate', kartrij vap dan penutup, wang tunai dan telefon bimbit.
Beliau berkata salah seorang suspek mengaku menerima upah berjumlah Rp 6.39 juta (RM1,656) daripada seorang individu untuk ke Indonesia.
Kedua-dua suspek itu kini disiasat di bawah Undang-Undang Narkotik Indonesia No. 35 Tahun 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


