Boeing memperkenalkan pesawat 737 MAX 10 pertamanya -- varian terbesar kumpulan MAX di kilang syarikat itu di Renton, Washington.
Pesawat 737 MAX 10 boleh menampung sehingga 230 penumpang dan menawarkan kos perbatuan tempat duduk terendah dalam mana-mana pesawat satu lorong yang pernah dihasilkan, dan pesawat itu akan menjalani pemeriksaan sistem dan pengendalian enjin sebelum penerbangan pertamanya pada tahun depan, menurut Boeing dalam kenyataan pada Sabtu.
"Pesawat 737 MAX 10 pada masa ini mempunyai lebih 550 tempahan dan komitmen daripada lebih 20 pelanggan di seluruh dunia," katanya.
Naib Presiden dan Pengurus Besar program 737, Mark Jenks berkata tumpuan berterusan pasukan itu terhadap keselamatan dan kualiti menunjukkan komitmen Boeing kepada pelanggan dan penumpangnya.
"Hari ini bukan hanya mengenai pesawat baharu. Ia mengenai mereka yang menghasilkan, membina dan menyokongnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019
Pesawat 737 MAX 10 pada masa ini mempunyai lebih 550 tempahan dan komitmen daripada lebih 20 pelanggan di seluruh dunia. -Foto Boeing.com
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Boeing perkenal model terbaharu 737 MAX 10
Pesawat 737 MAX 10 pada masa ini mempunyai lebih 550 tempahan dan komitmen daripada lebih 20 pelanggan di seluruh dunia.