Perbicaraan mahkamah bagi dua lelaki etnik Uighur yang disyaki melakukan serangan pengeboman di Bangkok pada 2015 telah bermula pada Selasa selepas penangguhan sebanyak tiga kali.
Penangguhan dilakukan kerana pihak pembelaan tidak menjumpai penterjemah yang sesuai bagi anak guam mereka.
Dalam insiden pengeboman pada 17 Ogos 2015 di Kuil Erawan itu, 20 maut termasuk 14 warga asing dan insiden itu disifatkan sebagai serangan terburuk pernah berlaku di Thailand.
Yusufu Mieraili dan Adem Karadag juga dikenali sebagai Bilal Mohammed hadir ke mahkamah tentera di Bangkok berpakaian uniform penjara. Mereka menghadapi 10 tuduhan termasuk pembunuhan dan pemilikan senjata api secara tidak sah.
BACA: Bom Bangkok: Etnik Uighur disoal siasat polis
Polis berkata, kedua-dua tertuduh mengakui peranan mereka dalam serangan tersebut namun menolak dakwaan yang dikenakan, sebaliknya menjelaskan bahawa mereka telah dipaksa untuk mengaku.
Kedutaan China di Bangkok telah menyediakan penterjemah bagi tertuduh pada Selasa namun tertuduh telah menolak bagi menunjukkan protes terhadap layanan orang China terhadap etnik Uighur.
Kebanyakan etnik Uighur terdiri daripada penganut agama Islam dan mereka telah melarikan diri dari daerah Xinjian di barat China kerana tertindas namun Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Mieraili dan Karadag berpegang kepada keputusan mereka untuk menolak pertemuan bersama dua penterjemah, menurut wartawan Reuters di dalam bilik perbicaraan.
“Saya tidak memerlukan penterjemah dari China kerana China tidak menghormati Uighur,” Mieraili memberitahu mahkamah dalam bahasa Inggeris. Mahkamah menetapkan perbicaraan untuk diteruskan juga.
Sementara itu, seorang juri menjelaskan, mahkamah merasakan bahawa kedua-dua penterjemah layak kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Uighur.
“Hari ini saya melantik kedua-dua mereka sebagai penterjemah dan ujian silang akan dilaksanakan,” jelas beliau yang tidak mendedahkan nama juri.
Penganalisis percaya bahawa pengeboman tersebut adalah serangan balas kepada tindakan Thailand menghantar pulang 109 orang Uighur ke China. Polis Thai juga menyifatkan pengeboman tersebut sebagai tindakan balas dendam kerana penghapusan rangkaian pemerdagangan manusia.
Choochart Kanpai, peguam bagi Karadag berkata, perbicaraan akan diteruskan walaupun anak guam beliau menyuarakan kebimbangan mengenai penterjemah tersebut.
“Pihak pembelaan berasa risau kerana mereka berasal dari Xinjiang dan mempunyai hubung kait dengan tanah besar China. Namun penterjemah kelihatan baik,” Choochart memberitahu wartawan serta memberitahu bahawa perbicaraan dijangka selesai pada awal 2018.
Agensi
Tue Nov 15 2016
Mieraili dan Karadag berpegang kepada keputusan mereka untuk menolak pertemuan bersama dua penterjemah, menurut wartawan Reuters di dalam bilik perbicaraan. - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.