Skip to main content

Dunia

Boris Johnson akan lawat Ukraine, berunding dengan Rusia

61618965992_BorisJohnson.jpg
61618965992_BorisJohnson.jpg
Advertisement
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson akan melawat Ukraine dan mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin minggu ini susulan krisis di sempadan kedua-dua negara.

Johnson berusaha untuk mempercepatkan langkah diplomasi bagi mengelak pertumpahan darah daripada berlaku. 

Cadangan lawatan dan rundingan itu menyusul ketika ketegangan antara Rusia-Ukraine mula memuncak, dengan Rusia terus melakukan ancaman melalui ketenteraannya.

Ketika ini, Rusia telah mengerahkan tenteranya di sempadan Ukraine dan Putin mendakwa Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak memenuhi tuntutan keselamatan utama Moscow.

Johnson sebelum ini juga dikritik kerana didakwa cuba mengalihkan isu melibatkan krisis Rusia-Ukraine dan tidak mampu memberi penyelesaian kepada masalah dua negara itu.

Rundingan itu juga signifikan dengan langkah Perdana Menteri Britain berkenaan yang mengarahkan Ketua Pertahanan dan Keselamatan Negara mempertimbang tindakan menempatkan lebih banyak tentera di negara NATO, selepas taklimat perisikan peringkat tinggi minggu lalu.

Pada Jumaat, Presiden AS, Joe Biden juga mahu mengerahkan tenteranya ke Timur Eropah dalam usaha meningkatkan kehadiran NATO susulan krisis sempadan Rusia-Ukraine.

Moscow sebelum ini bertegas tidak merancang untuk menyerang Ukraine, sebaliknya hanya menempatkan 100,000 tentera di sempadan negara sebagai usaha menuntut Ukraine dikecualikan daripada menyertai NATO.

 

Must Watch Video

Advertisement