awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bosan' dengan bahas Brexit, pemimpin House of Commons baring di kerusi

Nailah Huda
Nailah Huda
04/09/2019
06:09 MYT
'Bosan' dengan bahas Brexit, pemimpin House of Commons baring di kerusi
Gambar Rees-Mogg sedang berbaring di bangku Dewan tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh Anna Turley, Ahli Parlimen Redcar dan anggota Parti Buruh. Twitter @annaturley
"BANGUN!" kata ahli Parlimen pembangkang UK kepada pemimpin House of Commons, Jacob Rees-Mogg yang berbaring di kerusi ketika perbahasan mengenai Brexit sedang berlangsung di Parlimen pada malam Selasa.
Rees-Mogg, salah seorang anggota Parti Konservatif yang terkenal dengan pelbagai kenyataan kontroversi, dikecam teruk kerana perbuatannya dilihat menghina Dewan.
Kata Ahli Parlimen Parti Hijau, Caroline Lucas, perbuatan “berbaring atas tiga kerusi” itu seolah-olah dia “bosan” dengan perdebatan pada malam itu.
“Saya pasti kita boleh sediakan bantal untuk pemimpin House of Commons supaya dia lebih selesa memandangkan dia sedang bergelut dengan bahas ini,” kata Tom Brake, Ahli Parlimen Parti Liberal Demokrat.
Jacob Rees-Mogg dilihat menghina Parlimen ketika duduk terbaring apabila perdebatan mengenai Brexit berlangsung pada malam Selasa.
Ahli Parlimen pada Selasa membentangkan usul sebelum meluluskan undang-undang bagi menghalang Brexit tanpa perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU).
Hasilnya, 21 ahli Parlimen Konservatif dan pembangkang menang dalam undian untuk mengawal agenda Parlimen UK.
Undian menyaksikan 328 menyokong manakala 301 menentang.
“Saya hanya ingin kata kepadanya, yang sibuk mengajar kami tentang demokrasi, kami tidak mahu apa-apa kaitan dengannya kerana kerajaan tiada mandat untuk melaksanakan Brexit ‘kejam’ ini yang mereka cuba usahakan,” kata Lucas.
Pada masa sama, kem pembangkang juga mahu menangguhkan Brexit hingga ke akhir Januari, berbanding sebelum ini iaitu pada Oktober.
Susulan itu, Perdana Menteri Boris Johnson mengugut untuk mengadakan satu pilihan raya pada 14 Oktober sekiranya pelan Brexitnya tidak diluluskan.
Johnson memerlukan dua pertiga undian untuk mencetuskan satu pilihan raya.
The physical embodiment of arrogance, entitlement, disrespect and contempt for our parliament. pic.twitter.com/XdnFQmkfCS
— Anna Turley MP (@annaturley) September 3, 2019
Gambar Rees-Mogg sedang berbaring di bangku Dewan tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh Anna Turley, Ahli Parlimen Redcar dan anggota Parti Buruh.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Brexit
#British
#EU
#Jacob Rees-Mogg
#Kesatuan Eropah
#parliament
#Parlimen
#Theresa May
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan