awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang

Bernama
Bernama
21/12/2023
09:11 MYT
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang
Bot berkenaan berlepas dari Pulau Ambo kira-kira 10 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Pelabuhan Sumare di Mamuju pada 4 petang. - Gambar/ FB BPBD Mamuju
JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia sedang mengesan sebuah bot yang dinaiki sekurang-kurangnya 28 orang yang dilaporkan hilang pada Rabu di luar pantai daerah Mamuju di wilayah Sulawesi Barat, kata seorang pegawai kepada media tempatan pada Khamis.
Ketua Mencari dan Menyelamat (SAR) Mamuju Muhammad Rizal berkata bot yang membawa 28 tetamu majlis perkahwinan itu terputus hubungan di perairan Pulau Ambo di wilayah timur Indonesia.
Menurut beliau pejabat SAR menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang penduduk tempatan pada petang Rabu, lapor Xinhua.
Rizal berkata bot berkenaan berlepas dari Pulau Ambo kira-kira 10 pagi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Pelabuhan Sumare di Mamuju pada 4 petang.
Beliau berkata bagaimanapun bot itu masih tidak sampai ke destinasinya mendorong pasukan penyelamat dengan bot SAR dikerah ke Pulau Ambo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Pulau Ambo
#bot hilang
#tetamu majlis kahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan