awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik di tasik, angka korban meningkat

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2023
02:30 MYT
Bot terbalik di tasik, angka korban meningkat
Pasukan penyelamat sudah menjumpai 23 mayat manakala terdapat 40 orang terselamat. - Foto REUTERS
MANILA: Angka korban akibat sebuah bot kecil terbalik di di sebuah tasik berhampiran ibu negara Filipina semalam meningkat kepada 23 orang.
Enam lagi hilang dalam insiden itu.
Jurucakap pengawal pantai, Laksamana Muda Armando Balilo berkata, tragedi berlaku di Tasik Laguna, tenggara Manila, beberapa jam selepas Taufan Doksuri melanda utara Filipina.
Katanya, mereka panik selepas berlaku tiupan angin secara tiba-tiba dan apabila beredar ke sebelah kiri, bot berkenaan terbalik.
Pegawai penyelamat di perbandaran itu, Kenneth Cirados memberitahu, bot penumpang kecil itu melakukan pelayaran biasa dari bandar Binangonan ke Pulau Talim di tengah tasik.
Pasukan penyelamat sudah menjumpai 23 mayat manakala terdapat 40 orang terselamat.
Cirados berkata, beberapa jam selepas kemalangan itu, anggota penyelamat masih meninjau tasik berkenaan untuk mencari baki yang masih hilang.
Filipina, yang mempunyai lebih daripada 7,000 pulau, berdepan keselamatan maritim, dengan ramai yang mati akibat kemalangan di laut setiap tahun.
Mereka biasanya menaiki bot berkulit kayu yang digunakan untuk memancing atau memindahkan orang dari satu pulau kecil ke pulau lain.
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#taufan Doksuri
#tasik
#Tasik Laguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan