awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil umum dana hutan antarabangsa US$147 bilion, bakal dilancar semasa COP30

Bernama
Bernama
08/07/2025
05:30 MYT
Brazil umum dana hutan antarabangsa US$147 bilion, bakal dilancar semasa COP30
Lula berkata, dana berkenaan merupakan sumbangan penting ke arah dasar iklim yang adil. - Gambar/ AP
RIO DE JANEIRO: Brazil merancang untuk melancarkan dana antarabangsa bagi membiayai perlindungan hutan tropika semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP30) akhir tahun ini, kata Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Brazil akan melancarkan dana antarabangsa bernilai EUR125 bilion semasa COP30 bagi memberi ganjaran kepada negara yang melindungi hutan hujan tropika melalui projek pemuliharaan.
  • Dana tersebut, dinamakan Tropical Forests Forever, bertujuan menyokong dasar iklim yang adil serta membuka peluang kepada komuniti setempat dan masyarakat pribumi melalui perlindungan ekosistem.
  • COP30 akan berlangsung di Belem, wilayah Amazon, dan pengumuman dibuat semasa Sidang Kemuncak BRICS yang kini merangkumi 10 negara, mewakili hampir separuh populasi dunia dan satu perempat ekonomi global.

Dana bernilai EUR125 bilion (US$147 bilion) itu bertujuan memberi ganjaran kepada negara-negara yang mempunyai kawasan hutan hujan yang luas untuk projek pemuliharaan.
Lula membuat pengumuman itu di Rio de Janeiro pada hari kedua dan terakhir Sidang Kemuncak BRICS yang turut dihadiri negara-negara anggota dan rakan kongsi.
Brazil akan menjadi tuan rumah COP30 pada November ini di bandar Belem, wilayah Amazon.
Presiden Brazil itu menyatakan bahawa dana berkenaan merupakan sumbangan penting ke arah dasar iklim yang adil.
"Dana Tropical Forests Forever yang akan kita lancarkan di COP30, adalah untuk memberi ganjaran atas khidmat ekosistem yang disumbangkan kepada planet ini.
"Melalui perlindungan dan pemulihan kawasan hutan, kita juga mencipta peluang kepada komuniti setempat dan masyarakat pribumi," katanya.
BRICS merupakan akronim bagi negara pengasasnya: Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Pada awal 2024, Iran, Ethiopia, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu menyertai kumpulan ini, manakala Indonesia menyertainya pada Januari lalu.
BRICS mewakili kira-kira 48.5 peratus daripada populasi dunia, 36 peratus keluasan tanah global dan 24 peratus keluaran ekonomi dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRICS
#Brazil
#dana hutan antarabangsa
#Luiz Inacio Lula da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan