awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2024
03:30 MYT
BRICS: Malaysia komited majukan hubungan ekonomi, perdagangan demi kesejahteraan bersama
Perdana Menteri Anwar menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), di Shanghai, pada Selasa. - Gambar Bernama
SHANGHAI: Malaysia komited untuk memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara BRICS demi kesejahteraan bersama dan pembangunan global yang lebih seimbang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
"Saya juga ingin memberi perhatian khusus kepada ucapan luar biasa oleh Presiden Xi Jinping pada Persidangan BRICS di Kazan baru-baru ini, di mana beliau menyeru, dalam semangat masa depan bersama, untuk menentang kuasa perpecahan.
"Kita mesti membina komuniti dengan masa depan bersama, untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global, serta untuk berkongsi pengalaman, kepakaran, dan teknologi kepada dunia," kata Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), di sini, pada Selasa.
Anwar diberi penghormatan untuk berucap sebaik selepas ucapan Premier China, Li Qiang, sebelum diikuti lima pemimpin negara lain iaitu Perancis, Nicaragua, Arab Saudi, Tanzania dan Uzbekistan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#BRICS
#hubungan ekonomi
#CIIE
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan