Skip to main content

Dunia

Britain akan atur gerak kumpulan penyerang kapal induk ke artik - PM Starmer

Britain's Prime Minister Keir Starmer takes part in a panel discussion with President of the European Commission Ursula von der Leyen and moderated by Christine Amanpour at the Munich Security Conference in Munich, Germany, Saturday Feb. 14, 2026. (Stefan Rousseau/Pool Photo via AP)
Starmer berucap pada satu sesi ketika hadir pada Persidangan Keselamatan Munich di Munich, Jerman, 14 Feb 2026. (Foto AP)

LONDON: Britain akan mengatur gerak kumpulan penyerang kapal induk ke Atlantik Utara dan High North tahun ini, kata Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Persidangan Keselamatan Munich di Jerman pada Sabtu, lapor Xinhua.

Starmer berkata kapal induk Britain HMS Prince of Wales akan mengetuai atur gerak kumpulan penyerang itu, menurut laporan Sky News. 

Advertisement

Beliau berkata Eropah “mesti bersedia untuk berperang”, menyifatkan benua itu sebagai “gergasi yang sedang tidur” dengan “keupayaan pertahanan yang besar”, namun menambah bahawa “terlalu kerap keupayaan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya secara kolektif”.

Starmer berkata Britain bukan lagi negara seperti ketika era Brexit, sambil menambah bahawa tiada keselamatan Britain tanpa Eropah dan tiada keselamatan Eropah tanpa Britain.

Beliau mengulangi komitmen Britain untuk mempertahankan sekutunya jika diperlukan berdasarkan Artikel 5 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), iaitu prinsip pertahanan kolektif dalam kalangan negara anggota.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video