awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel

Bernama
Bernama
28/01/2024
10:00 MYT
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland menangguhkan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).- Gambar fail/AP
LONDON: Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Berikutan tindakan Amerika Syarikat, Itali, Australia dan Kanada, Britain dan Finland juga telah memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan kepada agensi PBB itu berhubung dakwaan penglibatan beberapa pekerjanya dalam konflik antara Hamas-Israel.
Selepas dakwaan Israel, UNRWA pada Jumaat berkata agensi itu telah menamatkan kontrak dengan beberapa kakitangannya berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam konflik berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Memetik Pejabat Luar dan Komanwel (FCO), media tempatan pada Sabtu melaporkan bahawa Britain menangguhkan sementara sebarang pembiayaan masa depan kepada UNRWA sambil mengkaji semula dakwaan berkenaan.
Dengan menyatakan bahawa ia "terkejut" dengan dakwaan itu, FCO berkata: "Kami tetap komited untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza yang sangat memerlukannya.
"Sementara itu, Menteri Perdagangan Luar dan Pembangunan Finland Ville Tavio pada Sabtu berkata kes berkenaan mesti disiasat secara menyeluruh.
Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 26,257 orang Palestin terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak manakala 64,797 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#agensi bantuan PBB
#UNRWA
#hentikan bantuan
#Britain
#Finland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan