awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain sasar vaksin semua warga dewasa menjelang musim luruh

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2021
21:14 MYT
Britain sasar vaksin semua warga dewasa menjelang musim luruh
Hancock berharap agar rakyatnya ketika ini mematuhi SOP sekatan yang telah ditetapkan. - Foto AP
LONDON:Britain akan memberi suntikan vaksin kepada semua kumpulan warga dewasa di negara itu menjelang musim luruh.
Setiausaha Kesihatannya, Matt Hancock memaklumkan bahawa matlamat kerajaan adalah untuk memberi vaksin kepada 15 juta warganya pada pertengahan Februari, dengan keutamaan kepada yang berusia lebih dari 70 tahun, pekerja kesihatan dan mereka yang berisiko dijangkiti virus.
Katanya itu sekali gus akan dapat mengurangkan jumlah kes kematian dan sekatan dapat dilonggarkan.
“Saya tekad untuk memastikan setiap orang dewasa di negara ini memiliki peluang untuk diberi vaksin dan kepada sebanyak mungkin orang untuk diberi vaksin.
“Vaksin itu penting dan saya peduli kerana saya mahu negara kita kembali normal sepantas mungkin. Saya mahu kita menjalani musim panas yang hebat itu.
“Saya dan pasukan akan bekerja keras untuk melakukannya secepat mungkin, baik untuk menyelamatkan nyawa dan membuat orang selamat serta melindungi NHS dan mengurangkan tekanan yang sangat ketara yang sedang dialami NHS sekarang,” katanya.
Hancock berharap agar rakyatnya ketika ini mematuhi SOP sekatan yang telah ditetapkan.
Ini akan membantu mengurangkan beban Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS), yang kini sedang menampung 32,000 orang pesakit di seluruh hospital di UK.
“Jadi, NHS memerlukan semua orang untuk melakukan yang terbaik dengan mengikut undang-undang sekatan yang ditetapkan dan sekarang banyak spekulasi berkenaan sekatan. “Kami tidak teragak-agak untuk melaksanakannya jika perlu. Tindakan anda akan merubah keadaan,” tegasnya.
Setakat ini 2.6 juta dos vaksin telah diberikan kepada 2.3 juta warga UK.
Topic Berkaitan
#SOP
#Britain
#kerajaan
#kesihatan
#vaksin
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan