awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 11 tahun tembak dua rakan semasa latihan bola sepak

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2023
23:15 MYT
Budak 11 tahun tembak dua rakan semasa latihan bola sepak
Anggota polis mengepung stadium bola sepak selepas seorang kanak-kanak melepaskan tembakan terhadap dua rakannya di Florida, AS. - Foto AP
FLORIDA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun bertindak menembak dua rakannya yang berusia 13 tahun berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di Florida, Amerika Syarika (AS).
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak tersebut mengambil pistol berkenaan dari kotak yang tidak berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.
Tembakan berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di bahagian tengah badan.
Polis berkata, video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja itu melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.
Bagaimanapun kedua-dua remaja itu berada dalam keadaan stabil.
Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.18 malam dan pegawai tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian.
Pegawai yang tiba telah bertindak mengambil pistol daripada kanak-kanak itu dan menahannya.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian didakwa dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan dimasukkan ke pusat penilaian juvana.
Manakala ibu kepada kanak-kanak berkenaan akan menghadapi pertuduhan salah laku tahap kedua kerana meninggalkan pistol tanpa pengawasan.
Polis berkata bahawa sebarang pertuduhan tambahan akan terpulang kepada sistem mahkamah.
Topic Berkaitan
#tembakan
#latihan bola sepak
#pertengkaran
#juvana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan