awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 6 tahun jatuh 40 kaki ketika bermain 'flying fox' di taman hiburan

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2023
04:11 MYT
Budak 6 tahun jatuh 40 kaki ketika bermain 'flying fox' di taman hiburan
Video tragedi menunjukkan budak lelaki itu bergerak merentasi 'zipline' bersama seorang dewasa apabila mereka tiba-tiba berhenti dan mangsa terjatuh. -Media sosial
MEXICO CITY: Seorang budak lelaki berusia 6 tahun jatuh hampir 40 kaki selepas abah-abahnya terkoyak ketika bermain terbang kelawar (flying fox).
Rakaman kejadian mengejutkan di Ekspedisi Amazon Parque Fundidora di Nuevo León pada Ahad itu tular di media sosial.
Video tragedi menunjukkan budak lelaki itu bergerak merentasi 'zipline' bersama seorang dewasa apabila mereka tiba-tiba berhenti dan mangsa terjatuh.
Ahli keluarga mangsa berkata abah-abah yang memegang budak lelaki itu terkoyak, menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam buatan di bawah tali 'flying fox', lapor Fox News.
Jeritan penonton boleh didengari dalam rakaman itu ketika dia jatuh ke dalam kolam.
Kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Cesar Moreno diselamatkan seorang pelancong yang bertindak terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkannya.
Saudara mangsa memberitahu Fox News bahawa Cesar hanya cedera ringan susulan kejadian, namun mengalami trauma dan 'psikologinya terganggu'.
Agensi kerajaan Nuevo León menggantung beberapa tarikan pelancong di taman permainan itu sebagai reaksi kepada insiden itu ketika pihak berkuasa menyiasat punca kejadian.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#jatuh 40 kaki
#abah-abah terkoyak
#flying fox
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan