awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki tertembak mati kakak dengan senjata api buatan sendiri

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
03:33 MYT
Budak lelaki tertembak mati kakak dengan senjata api buatan sendiri
Seorang budak perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia akibat terkena tembakan daripada senjata api buatan adiknya sendiri. -Gambar hiasan
ATLANTA: Seorang budak perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia akibat terkena tembakan daripada senjata api buatan adiknya sendiri.
Menurut Pejabat Syerif Douglas County, Georgia, Amerika Syarikat, budak lelaki berusia 13 tahun itu kini ditahan.
Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu membuat dan menjual apa yang dipanggil sebagai 'ghost guns'.
Difahamkan ketika kejadian, dua individu telah pergi ke rumah keluarga itu di Douglasville pada 27 November untuk membeli pistol yang dibuat oleh remaja itu.
Mereka sebaliknya cuba mencuri pistol itu dan cuba melarikan diri.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian menembak ke arah kedua-dua mereka, sebaliknya tembakan terkena pada kakaknya yang dikenali sebagai Kyra Scott yang berada di situ.
Kyra segera dibawa ke hospital, walau bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.
Susulan kejadian, pihak berkuasa telah menahan adik Kyra dan salah seorang individu yang mencuri senjata api daripadanya.
Pejabat sheriff dalam satu kenyataan, berkata kanak-kanak 13 tahun itu akan didakwa dengan pertuduhan jenayah.
Pihak berkuasa masih mencari seorang lagi individu yang mencuri senjata api daripada suspek.
Topic Berkaitan
#senjata api
#buatan sendiri
#Kyra Scott
#tertembak kakak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan