awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2025
03:40 MYT
Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Lima pelajar senior yang ditahan susulan kejadian buli. - Foto Sumber daripada NDTV
KERALA: Lima pelajar tahun tiga Kolej Kejururawatan Awam, Kottayam, India telah ditahan berhubung video tular melibatkan perbuatan buli terhadap pelajar tahun satu.
Dalam video tersebut, pelajar-pelajar senior berkenaan dilihat ketawa dan membuat komen lucah ketika seorang pelajar junior diikat di katil.
Pelajar lelaki tahun satu itu juga diletakkan objek berat dipercayai dumbel pada alat kelamin, selain dicucuk dengan kompas.
Menurut laporan media NDTV, kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan, sementara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC) telah meminta laporan daripada polis negeri dalam tempoh 10 hari.
Lima pelajar tersebut telah ditangkap pada Khamis atas perbuatan kejam terhadap pelajar junior terbabit.
Pelajar yang ditangkap ialah Rahul Raj, 22; NS Jeeva, 18; NP Vivek, 21; Rigil Jeeth, 20 dan Samuel Johnson, 20.
Pelajar-pelajar junior lain mendakwa aktiviti buli itu telah berlanjutan selama hampir tiga bulan.
Polis berkata, aktiviti membuli itu bermula pada November tahun lalu, sejurus selepas pelajar tahun satu memulakan kelas mereka.
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi R Bindu memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap tertuduh dalam kes buli Kottayam.
Beliau menekankan bahawa kerajaan telah mengarahkan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku menerima hukuman maksimum.
Bindu berkata, memandangkan kolej itu berada di bawah Universiti Sains Kesihatan Kerala, pihaknya mempunyai batas dalam campur tangan secara langsung berhubung kes tersebut.
Satu pasukan siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Kejururawatan akan menyiasat kes itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buli
#pelajar senior
#drumbel
#alat kelamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan