awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul bayi berusia tiga minggu, pedofilia dijatuhkan hukuman penjara 260 tahun

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
27/03/2019
04:59 MYT
Cabul bayi berusia tiga minggu, pedofilia dijatuhkan hukuman penjara 260 tahun
Thomas Goodman, 45, jatuh tersembam di meja depannya ketika Hakim John McConnel menyatakan bahawa dia tidak akan membebaskannya lagi di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat - Gambar www.mstar.com.my
SEORANG lelaki terkejut dan pengsan apabila dijatuhi hukuman penjara selama 260 tahun kerana mencabul bayi yang baru lahir.
Thomas Goodman, 45, jatuh tersembam di meja depannya ketika Hakim John McConnel menyatakan bahawa dia tidak akan membebaskannya lagi di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat.
Selepas beberapa minit, Goodman kembali sedar sebelum McConnell membacakan hukuman yang perlu dijalani oleh Goodman.
"Satu-satunya cara yang saya dapat lakukan adalah memastikan kamu tidak dapat keluar dari penjara lagi. Saya tidak mempunyai sebarang jaminan kamu akan berhenti daripada melakukan perkara ini," kata hakim McConnel semasa membacakan hukuman kepada Goodman.
Goodman dikenakan hukuman 30 tahun penjara setiap satu untuk lapan pertuduhan eksploitasi seks kanak-kanak termasuk bayi tiga minggu.
Dia juga dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana memiliki sejumlah rakaman serta gambar pornografi kanak-kanak.
Kesemua hukuman ini akan dijalankan secara berturut-turut.
Menurut laporan media antarabangsa, Goodman membuat rakaman sendiri menyentuh bayi yang berusia tiga minggu sehingga 18 bulan disamping berkongsi rakaman tersebut dalam talian untuk tontonan orang lain.
Perbuatan Goodman kantoi apabila dia ditangkap oleh majikannya ketika bermain telefon semasa kerja dan menjumpai rakaman porno kanak-kanak sebelum menyerahkan peranti tersebut kepada pihak berkuasa.
Dalam serbuan berikutnya, polis menegaskan bahawa Goodman mempunyai sekitar 7,800 gambar penyalahgunaan dan 370 video porno kanak-kanak.
Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 135 gambar dan 62 video melibatkan kanak-kanak pra-matang dan telah dihasilkan oleh Goodman antara September 2007 dan Februari 2018.
Topic Berkaitan
#bayi
#Kanak-kanak
#lelaki
#Media
#penjara
#polis
#seks
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan