awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Amerika Syarikat sedang dalam proses keluarkan dos vaksin

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
23/05/2022
22:46 MYT
Cacar monyet: Amerika Syarikat sedang dalam proses keluarkan dos vaksin
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan dalam kes cacar monyet - Foto fail/REUTERS
PIHAK berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan bagi mengekang kes cacar monyet.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat pada 2019 kini dalam simpanan pusat.
CDC juga menjangkakan angka itu akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.
Jynneos yang dibangunkan Bavarian Nordic A/S, diluluskan Amerika Syarikat untuk digunakan bagi melawan cacar dan cacar monyet dalam kalangan dewasa berisiko tinggi berusia 18 tahun ke atas.
Terdapat lebih daripada 100 juta dos vaksin cacar ACAM-2000 yang mempunyai kesan sampingan ketara.
ACAM-2000 sebelum ini dihasilkan oleh Sanofi yang kini dihasilkan oleh Emergent BioSolutions.
Ia akan diedarkan kepada individu yang pernah bersentuhan dengan pesakit cacar monyet, pekerja penjagaan kesihatan, kontak rapat dan mereka yang berisiko tinggi.
Ketika ini terdapat satu kes cacar monyet disahkan di Massachusetts dan empat kes masing-masing di New York, Florida dan Utah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#vaksin
#cacar monyet
#Jynneos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan