awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Rakyat China dinasihat jangan sentuh warga asing

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2022
02:20 MYT
Cacar monyet: Rakyat China dinasihat jangan sentuh warga asing
Bagi mencegah kemungkinan jangkitan cacar monyet, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempunyai sentuhan kulit ke kulit secara langsung dengan warga asing. - Foto AP
BEIJING: Seorang pegawai kanan kesihatan China menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sentuhan fizikal dengan warga asing bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan cacar monyet.
Saranan itu susulan China melaporkan kes pertama cacar monyet yang dikesan di negara itu melalui ketibaan dari luar negara, Jumaat lalu.
BACA: Cacar monyet: China lapor kes pertama
Menurut Ketua Ahli Epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, bagi mencegah kemungkinan jangkitan cacar monyet, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempunyai sentuhan kulit ke kulit secara langsung dengan warga asing.
Wu juga menyeru agar orang ramai mengelak "sentuhan kulit ke kulit" dengan individu yang telah berada di luar negara dalam tempoh tiga minggu lalu.
Beliau turut memberi amaran untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Jelasnya, adalah perlu dan sangat penting untuk mengukuhkan pengawasan dan pencegahan wabak cacar monyet di peringkat sosial.
Kenyataan Wu itu melalui aplikasi Weibo dan telah dikongsi secara meluas di media sosial pada hujung minggu.
Jumaat lalu, bandar Chongqing merekodkan jangkitan virus cacar monyet pada seorang individu yang tiba dari luar negara.
Sekitar 90 negara di mana cacar monyet bukan endemik telah melaporkan wabak yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai kecemasan kesihatan global.
Terdapat lebih 60,000 kes yang disahkan dan beberapa negara bukan endemik telah melaporkan kematian berkaitan pertama mereka.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#warga asing
#sentuhan fizikal
#Wu Zunyou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan