awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2022
00:45 MYT
Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Presiden AS Joe Biden (dua kanan) ketika tiba di Pangkalan Udara Yokota dan disambut Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi. - Foto AP
PYEONGTAEK: Presiden Joe Biden menegaskan peningkatan kes cacar monyet yang telah dikenal pasti di Eropah dan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Dalam komen awam pertamanya mengenai penyakit itu, Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.
"Mereka belum memberitahu saya tahap pendedahan jangkitan lagi, tetapi ia adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh semua orang.
"Kami sedang berusaha keras untuk mengetahui apa yang kita perlu lakukan dan vaksin apa yang mungkin tersedia," katanya.
Biden ditanya mengenai penyakit itu ketika bercakap kepada pemberita di Pangkalan Udara Osan di Korea Selatan sebelum berlepas ke Jepun untuk meneruskan lawatan pertamanya di Asia sebagai Presiden.
Beliau menambah bahawa usaha sedang dijalankan untuk menentukan vaksin yang mungkin berkesan.
Cacar monyet jarang dikenal pasti di luar benua Afrika, tetapi sehingga Sabtu, terdapat 82 kes yang disahkan di seluruh dunia, termasuk sekurang-kurangnya dua di Amerika Syarikat dan 50 lagi yang disyaki.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Joe Biden
#vaksin
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan