awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun

Agensi
Agensi
08/12/2021
11:29 MYT
Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Angela Merkel yang telah menjadi peneraju ekonomi terbesar Eropah telah bersiap sedia untuk berundur dari arena politik selepas memegang jawatan selama empat penggal berturut-turut. - Gambar REUTERS
OLAF SCHOLZ secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.
Ia sekali gus menamatkan pemerintahan Merkel selama 16 tahun dan bermulanya era politik baru yang diterajui politik haluan kiri.
Scholz, anggota Demokrat Sosial (SPD) menerima undi paling banyak pada pilihan raya umum 26 September dan secara rasmi dipilih sebagai Canselor.
Ahli politik berusia 63 tahun itu mendapat 395 daripada 707 undi Parlimen iaitu lebih 369 undi yang diperlukan untuknya memegang jawatan canselor.
Merkel yang telah menjadi peneraju ekonomi terbesar Eropah telah bersiap sedia untuk berundur dari arena politik selepas memegang jawatan berkenaan selama empat penggal berturut-turut.
Mengikut istiadat, Scholz akan memulakan tugasnya secara rasmi sebaik berjumpa dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier dan selesai mengangkat sumpah di Parlimen pada Rabu.
Untuk rekod, Scholz, yang telah membentuk gabungan tiga parti iaitu dengan parti Greens dan parti Free Demokrat yang pro-perniagaan, menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatis dan sentris.
Merkel, yang menyaksikan prosiding di Parlimen dari ruangan pelawat bersama bekas Canselor Gerhard Schroeder, menerima tepukan gemuruh daripada Ahli Parlimen apabila namanya disebut oleh Presiden Parlimen Barbel Bas.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#Jerman
#Olaf Scholz
#canselor jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan