awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Cave: Filem misi menyelamat gua Tham Luang mula ditayangkan

Saraya Mia
Saraya Mia
19/11/2019
06:01 MYT
The Cave: Filem misi menyelamat gua Tham Luang mula ditayangkan
"The Cave" - filem yang mengabadikan misi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap di dalam gua - mula ditayangkan di Bangkok, pada Isnin. -Instagram/ @mikkokohtaodivers
"THE Cave" - filem yang mengabadikan misi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap di dalam gua - mula ditayangkan di Bangkok, pada Isnin.
Tayangan perdana filem arahan Tom Waller itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat tempatan dan luar negara.
"The Cave" dibintangi empat penyelam yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak Wild Boar di dalam gua Tham Luang di utara Thailand pada 2018.
Sebelum tayangan perdana The Cave semalam, orang ramai terlebih dahulu diberi peluang merasai sendiri pengalaman berada di dalam gua Tham Luang melalui teknologi virtual reality (VR) yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah.
Filem "The Cave" memaparkan kisah sebenar operasi menyelamat di sepanjang laluan sempit di dalam gua Tham Luang yang dibanjiri air hujan.
Misi yang turut mendapat bantuan daripada dalam dan luar negara itu telah menarik perhatian dunia susulan kerumitan yang terpaksa ditempuhi pasukan penyelamat.
Selepas 17 hari terperangkap, kesemua anggota pasukan Wild Boar akhirnya berjaya dikeluarkan.
BACA: Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang
BACA: Kronologi remaja Thailand sesat di gua BACA: Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang FOTO: Misi mencari pasukan bola sepak remaja Thai BACA: Remaja terperangkap di Gua Tham Luang 'hidup' seperti sami selama sembilan hari BACA: Penyelam Thai maut dalam misi menyelamatkan pasukan bola sepak di gua
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Gua
#menyelamat
#operasi
#Penyelam
#Tham Luang
#Tom Waller
#wild boar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan