awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemari buah-buahan di Australia boleh dipenjara maksimum 15 tahun

Bernama
Bernama
19/09/2018
08:55 MYT
Cemari buah-buahan di Australia boleh dipenjara maksimum 15 tahun
Isu buah-buahan yang dicemari objek berbahaya seperti jarum telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di Australia. - Reuters
Mereka yang didapati bersalah mencemarkan buah-buahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun di bawah undang-undang baharu, umum kerajaan Australia pada Rabu.
Undang-undang baharu itu mengenakan hukuman maksimum sama seperti kesalahan memiliki gambar pornografi kanak-kanak dan membiayai keganasan.
Perdana Menteri Scott Morrison dan Peguam Negara Kristian Porter, mengumumkan perkara itu ekoran isu pencemaran strawberi yang berlaku di Australia, menyaksikan pengguna menjumpai pin dan jarum dalam buah itu.
Menurut agensi berita Xinhua, Morrison turut menyifatkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut sebagai "pengecut", sambil menyeru orang ramai terus membeli strawberi untuk menyokong petani.
"Ia bukan perkara lucu, meletakkan hasil pendapatan rakyat Australia berada dalam risiko serta menakutkan kanak-kanak.
"Kita akan cari mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu," katanya kepada pemberita di Canberra.
Porter turut mengesahkan bahawa undang-undang baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan secepat mungkin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#buah-buahan
#pencemaran
#perladangan
#strawberi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan