awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chile bersiap sedia hadapi kemungkinan gempa bumi mega

Bernama
Bernama
01/03/2025
13:00 MYT
Chile bersiap sedia hadapi kemungkinan gempa bumi mega
Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (SENAPRED) bersedia menghadapi sebarang kecemasan susulan ramalan saintis mengenai kemungkinan berlakunya gempa bumi mega di Chile. - Gambar fail
SANTIAGO DE CHILE: Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (SENAPRED) bersedia menghadapi sebarang kecemasan susulan ramalan saintis mengenai kemungkinan berlakunya gempa bumi mega di Chile.
Prensa Latina melaporkan bahawa Pengarah Pusat Seismologi Kebangsaan, Sergio Barrientos, berkata terdapat kemungkinan 65 peratus berlakunya gempa bumi bermagnitud lapan atau lebih besar pada 2026.
Penyelidik utama di Institut Oseanografi Millennium Universiti Concepcion, Dr Marcos Moreno, turut sependapat selepas mengesan perubahan di dasar laut di Palung Atacama.
"Data di darat menunjukkan kawasan ini sedang mengumpul tenaga dan satu gempa bumi mega bermagnitud antara 8.0 hingga 8.5 mungkin berlaku tidak lama lagi," katanya.
Susulan amaran pakar, SENAPRED melaporkan bahawa pihaknya telah lama melaksanakan pelbagai penambahbaikan dalam pelbagai aspek.
Langkah penting yang diambil termasuk penubuhan Unit Amaran Awal di setiap wilayah, kata Pengarah Kebangsaan SENAPRED, Alicia Cebrian.
Selain itu, Sistem Amaran Kecemasan (SAE) melalui telefon bimbit turut digunakan bagi mengukuhkan proses pemindahan sekiranya berlaku tsunami.
Proses pemberian konsesi untuk pemasangan lebih 1,000 siren amaran di sepanjang pantai juga sedang dijalankan.
Isu ini menjadi tumpuan berikutan ulang tahun ke-15 gempa bumi bermagnitud 8.8 dan tsunami yang mengorbankan lebih 500 nyawa serta menyebabkan dua juta orang kehilangan tempat tinggal.
"Kenangan 27 Feb itu seharusnya menjadi peringatan untuk bersiap sedia menghadapi kecemasan pada masa depan, dan pengajaran daripada kejadian itu perlu terus membentuk cara negara ini memperkukuh ketahanan secara mampan tanpa meninggalkan sesiapa," kata Cebrian, sambil menegaskan bahawa sejarah telah mengajar bahawa persediaan adalah pertahanan terbaik terhadap sebarang kejadian luar jangka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chile
#gempa bumi mega
#siap sedia
#SENAPRED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan