BEIJING: China dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini apabila lebih 80 peratus populasinya lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, kata pakar epidemiologi, Zhong Nanshan.
Beliau berkata, dapatan kajian ke atas kluster baharu di Guangzhou pada Mei menunjukkan, vaksin mampu memberikan perlindungan sebanyak 60 peratus terhadap varian Delta, manakala 100 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan yang teruk.
Katanya, tahap antibodi akan meningkat lebih sepuluh kali ganda apabila dos ketiga diberikan selepas enam bulan menerima dos kedua.
Beliau yang juga ahli Akademi Kejuruteraan China itu dijemput berkongsi hasil penyelidikannya mengenai vaksin pada satu seminar kesihatan secara maya, sempena Ekspo China-Negara Arab kelima di wilayah Ningxia, pada Jumaat.
Zhong turut menyentuh mengenai pengalaman Chile menggunakan vaksin Sinovac, yang terkandung dalam jurnal The New England Journal of Medicine (NEJM) diterbitkan pada Julai.
Data diperoleh daripada sepuluh juta warga Chile berusia 16 tahun ke atas yang lengkap divaksin menunjukkan, Sinovac dapat mengurangkan 65.9 peratus jangkitan COVID-19, menurunkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) (90 peratus) dan mengurangkan risiko kematian (86 peratus).
Selain itu, menurut kajian diterbitkan dalam jurnal The Lancet, Sinovac yang digunakan di Turki mampu memberikan perlindungan sebanyak 83.5 peratus, dan tiada sebarang kesan sampingan serius atau kes kematian membabitkan suntikan vaksin berkenaan dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021

Dapatan kajian ke atas kluster baharu di Guangzhou pada Mei menunjukkan, vaksin mampu memberikan perlindungan sebanyak 60 peratus terhadap varian Delta. - Chen Zhonghao/Xinhua via AP

MKM labur RM32 juta jamin tempat duduk untuk umrah musim 1447H
Pelaburan MKM bermatlamat memastikan bakal jemaah dapat berlapang dada tanpa memikirkan risiko tidak mendapat tempat duduk.

Imigresen serbu klinik tawar khidmat doktor warga asing tidak bertauliah
Operasi yang dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu menyasarkan premis di Sungai Buloh, Shah Alam serta Jalan Ipoh.

Google perkenal pelan langganan AI Pro, AI Ultra
Google AI Ultra merupakan pelan paling eksklusif dengan tambahan storan 5TB, Project Mariner, dan agen Gemini baharu, namun hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Hajiji ucap takziah atas pemergian bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah
Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah.

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
ASEAN Kita: Tourism | Reimagining ASEAN AS One Destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Pekarangan Istana Arau dibuka kepada rakyat untuk Malam Kilauan Cahaya
Tuanku Syed Sirajuddin telah memperkenankan membuka perkarangan istana kepada rakyat jelata.

AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

Satu daripada empat pekerjaan global terancam akibat kecerdasan buatan generatif
Transformasi pekerjaan dan bukannya penggantian secara besar-besaran lebih berkemungkinan berlaku hasil integrasi AI di tempat kerja.

Persiapan Kongres Nasional PKR lancar - Fuziah
Persiapan itu merangkumi Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Kongres Wanita Pusat serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.

Dagangan luar China terus kukuh walaupun berdepan cabaran global
Sektor perdagangan luar China terus mengekalkan pertumbuhan stabil pada April meskipun berdepan perubahan drastik dalam persekitaran ekonomi global.

Tarif Trump: ’AS akan menderita tidak lama lagi’ - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Amerika Syarikat (AS) akan terkesan dengan kadar tarif timbal balik yang dikenakan.

China mulakan pembinaan superkomputer di angkasa lepas
Program itu ingin meletakkan 2800 satelit dengan kemampuan pemprosesan AI yang diberi nama Buruj Pengkomputeran Tiga Badan.

Panda gergasi Fu Wa, Feng Yi tinggalkan Malaysia selepas 11 tahun
Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian baharu pada 16 April 2025 yang membolehkan ketibaan sepasang panda gergasi baharu untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Perjanjian perdagangan AS-China cetus lonjakan di Wall Street
Saham Amerika Syarikat (AS) melonjak tinggi pada dagangan Isnin, menghapuskan kelemahan sederhana yang dicatatkan minggu lalu.

AS, China kurangkan tarif timbal balik selepas rundingan di Geneva
Amerika Syarikat (AS) dan China pada Isnin mengumumkan pengurangan tarif import timbal balik selepas mengadakan rundingan di Geneva.

Trump umum 'perubahan menyeluruh' selepas rundingan AS-China di Switzerland
Rundingan perdagangan di Geneva dijadual bersambung semula pada Ahad.

AS dijangka tidak mansuh tarif ke atas China dalam masa terdekat - Setiausaha Perdagangan
Presiden AS Donald Trump masih berpendirian untuk tidak menarik balik tarif terhadap China secara sepihak.

Trump mahu AS capai "perjanjian besar" sebelum perbincangan dengan China
Trump berkata bahawa AS pada masa ini tidak menjalankan perniagaan dengan China.

Xi Jinping tegaskan asas persahabatan rakyat China-Rusia kukuh, tidak boleh digugat
China dan Rusia mesti mengekalkan keazaman strategik dan penyelarasan ketika dunia memasuki era baharu yang penuh pergolakan dan perubahan, kata Presiden China Xi Jinping pada Khamis.