awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China: Fujian keluarkan amaran untuk Taufan Saola

Bernama
Bernama
29/08/2023
11:45 MYT
China: Fujian keluarkan amaran untuk Taufan Saola
Pada 8 pagi Selasa, Saola dikesan di lautan, kira-kira 460 km tenggara Eluanbi di Taiwan. - Foto AP
FUZHOU: Wilayah Fujian di China Timur mengaktifkan respons kecemasan Tahap III untuk Saola, taufan kesembilan tahun ini, pada 10 pagi Selasa, lapor Xinhua.
Taufan itu berkemungkinan membawa angin kencang dan hujan lebat ke wilayah itu apabila ia menghampiri kawasan pantai dari selatan Fujian ke timur Guangdong, sebuah wilayah di selatan China.
Pada 8 pagi Selasa, Saola dikesan di lautan, kira-kira 460 km tenggara Eluanbi di Taiwan.
Ia dijangka bergerak ke barat laut kira-kira 10 km sejam dan berkemungkinan mendarat di kawasan pantai timur Guangdong pada petang Jumaat dan pagi Sabtu, atau bergerak ke arah barat daya berhampiran perairan timur Guangdong, menurut data meteorologi terkini.
Pusat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah Fujian telah meminta bot nelayan di perairan terjejas untuk kembali ke pelabuhan untuk perlindungan, dengan semua orang di atas kapal diarahkan untuk berlabuh sebelum tengah hari Rabu.
Sementara itu, semua pekerja akuakultur pantai di Fujian mesti dipindahkan ke darat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fujian
#China
#taufan Saola
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan