awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China hulurkan bantuan kecemasan ke Tonga

Bernama
Bernama
25/01/2022
09:55 MYT
China hulurkan bantuan kecemasan ke Tonga
China akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Tonga bagi proses pencegahan dan pembinaan semula pasca bencana. - Gambar fail
BEIJING: China mengikuti laporan bencana yang melanda Tonga dan memutuskan menghulurkan bantuan kecemasan kepada negara itu, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam satu sidang media di sini, pada Isnin.
China sentiasa memantau situasi bencana di Tonga dan berusaha sedaya upaya menghulurkan bantuan melalui pelbagai saluran, katanya.
Zhao berkata, bantuan kecemasan kepada Tonga yang dihulurkan China melalui kedutaannya di Fiji dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu pertama, bekalan bantuan kecemasan bernilai RMB20 juta (RM13.22 juta), kedua, bantuan berbentuk wang tunai dan ketiga bahan keperluan bernilai RMB 1 juta (RM661.4 ribu) yang merangkumi air minuman, makanan kecemasan, generator, pam air serta gergaji rantai.
China akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Tonga bagi proses pencegahan dan pembinaan semula pasca bencana, katanya.
Terdahulu, Tonga turut menerima bantuan wang tunai sebanyak AS$100,000(RM418,700) sumbangan Palang Merah China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#bencana
#Tonga
#bantuan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan