DUNIA
China kecam serangan Israel terhadap Iran dalam mesyuarat IAEA

Negara-negara anggota IAEA meluahkan kebimbangan serius terhadap perkembangan isu membabitkan konflik Israel dan Iran. - Gambar/ AP
VIENNA: Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran telah mengakibatkan kemusnahan pada kemudahan nuklear Iran serta kematian dan kecederaan manusia, menjejaskan proses politik dan diplomatik dalam isu nuklear Iran, melemahkan usaha antarabangsa dalam mengawal percambahan senjata nuklear, dan memberi kesan negatif yang serius terhadap keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Ringkasan AI
- China mengecam tindakan ketenteraan Israel terhadap kemudahan nuklear Iran yang menyebabkan kemusnahan, korban nyawa, dan menjejaskan kestabilan serantau serta usaha diplomatik antarabangsa.
- China menyeru penyelesaian damai melalui pendekatan politik dan diplomatik, menolak kekerasan serta sekatan unilateral, dan menggesa semua pihak mengelakkan tindakan yang boleh meruncingkan ketegangan.
- Negara anggota IAEA turut menyuarakan kebimbangan dan mengutuk tindakan Israel, sambil menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa untuk meredakan konflik dan menyelesaikan isu nuklear Iran secara aman.
"Perkembangan terkini sudah dalam perhatian China yang sudah pun mula meneliti kesan negatifnya terhadap prospek rundingan diplomatik. Menteri Luar Wang Yi telah melakukan panggilan telefon secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Iran dan Israel, menyeru kedua-dua pihak berhemah mengambil tindak dan berusaha mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meruncingkan ketegangan secara berperingkat.
Masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk meredakan ketegangan serantau dan mengambil tindakan yang tulen untuk menghalang konflik terbabit daripada meruncing.
Tidak kira ke arah mana pun perkembangan isu tersebut, China tetap berpegang teguh pada penyelesaian damai melalui cara politik dan diplomatik, yang diyakini merupakan satu-satunya jalan yang tepat untuk menyelesaikan isu nuklear Iran. China menentang tindakan kekerasan serta sekatan unilateral yang tidak sah," kata Li.
Dalam mesyuarat itu, negara-negara anggota IAEA meluahkan kebimbangan serius terhadap perkembangan isu itu, manakala negara-negara membangun berturut-turut menyampaikan ucapan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel.
Semua pihak menekankan bahawa pendekatan politik dan diplomatik merupakan satu-satunya pilihan yang tepat untuk menyelesaikan isu nuklear Iran, serta menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama bagi meredakan ketegangan.
- BERNAMA- CMG

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami