awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung dan bencana geologi

Bernama
Bernama
29/07/2025
00:00 MYT
China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung dan bencana geologi
Pandangan dari dron menunjukkan kawasan pertanian yang dilanda banjir berhampiran Sungai Chao yang melimpah, susulan hujan lebat di daerah Miyun, Beijing, China, 28 Julai 2025. REUTERS
BEIJING: China mengeluarkan beberapa amaran merah pada Isnin, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya curahan gunung dan bencana geologi di beberapa wilayah, lapor Xinhua.
Kementerian Sumber Air dan Pentadbiran Meteorologi China (CMA) bersama-sama mengeluarkan amaran merah bagi potensi berlakunya curahan gunung.
Bahagian timur Beijing, utara Tianjin dan timur laut Hebei dijangka menghadapi risiko tinggi banjir gunung dari 8 malam Isnin hingga 8 malam Selasa.
Selain itu, amaran jingga turut dikeluarkan bagi risiko banjir gunung di beberapa kawasan di Beijing, Tianjin, Hebei, Mongolia Dalam, Liaoning dan Heilongjiang.
Pihak berkuasa tempatan digesa untuk mempertingkat pemantauan masa nyata, ramalan banjir dan sistem amaran awal, serta langkah pemindahan dan pencegahan risiko.
Secara berasingan, Kementerian Sumber Asli dan CMA turut mengeluarkan amaran merah bagi risiko bencana geologi di bahagian timur laut Beijing dan timur laut Hebei, serta amaran jingga untuk bahagian timur laut Beijing, utara Tianjin, dan timur laut Hebei.
China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat, dengan merah mewakili tahap amaran paling serius, diikuti oleh jingga, kuning dan biru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#banjir
#curahan gunung
#bencana
#amaran merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan