BEIJING: Ekonomi China menunjukkan trend pemulihan sejak awal tahun ini dan unjuran pasaran turut meningkat ketara, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam sidang media di sini, pada Selasa.
"China mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk mendorong ekonomi China terus berkembang secara mantap dalam jangka masa panjang serta memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi dunia," kata beliau.
Menurut laporan, Presiden Bank Dunia, David Malpass pada Isnin berkata ekonomi dunia akan menjadi lemah pada tahun ini, namun China akan dikecualikan daripada kelembapan itu dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka naik lebih daripada lima peratus untuk tahun 2023.
Pada akhir Mac, Bank Dunia mengeluarkan laporan situasi ekonomi di Asia Timur dan rantau Pasifik, menaikkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi China untuk 2023 kepada 5.1 peratus.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa dalam laporan tinjauan ekonomi dunia edisi terbaharu turut meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencapai 5.2 peratus pada 2023, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi global.
Wang Wenbin berkata banyak organisasi antarabangsa telah menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi China tahun ini.
Di samping itu, beberapa media utama dan ahli ekonomi antarabangsa juga menganggap data-data ekonomi China sebagai isyarat yang penuh harapan, serta berharap lonjakan aktiviti ekonomi dan permintaan China akan memberikan lebih rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia dan pembangunan dunia juga memerlukan China.
"China akan mempercepat penerokaan pasaran domestik, memperkasakan keterbukaan bertahap tinggi, di samping meluaskan pembukaan institusi dari segi undang-undang, peraturan, pengurusan dan piawaian," kata Wang.
Beliau berkata Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) ketiga sedang diadakan di Hainan, manakala Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-133 pula akan membuka tirainya di Guangdong tidak lama lagi.
"Selain itu, aktiviti-aktiviti lain seperti Forum Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan ketiga dan Ekspo Import Antarabangsa China ke-6 juga akan diadakan pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Wang Wenbin berkata banyak organisasi antarabangsa telah menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi China tahun ini. -Gambar fail/FB Wang Wenbin
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Tiga cedera dalam serangan peluru Ukraine
Tiga orang awam cedera di Wilayah Belgorod, Rusia selepas Ukraine melancarkan serangan peluru di Bandar Shebekino.
Ribuan orang menyambut kehadiran Pope Francis Pope Francis
Ribuan penganut katolik di Vanimo, Papua New Guinea (PNG) menyambut kedatangan pemimpin gereja Katolik dan Kota Vatican, Pope Francis pada Ahad.
Kebakaran berpanjangan, Bolivia isytihar darurat
Kerajaan Bolivia pada Sabtu mengisytiharkan negara tersbeut darurat susulan kebakaran hutan yang semakin marak.
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - Pemangku Sultan Johor
Kerajaan Persekutuan perlu menerima hakikat Laporan Bank Dunia berhubung kedudukan terkini pelajar negara ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.