awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China lancar kapal amfibia generasi baharu

Bernama
Bernama
27/12/2024
21:30 MYT
China lancar kapal amfibia generasi baharu
Sichuan mempunyai muatan penuh melebihi 40,000 tan serta dilengkapi superstruktur berkembar dan dek penerbangan sepanjang kapal. (Foto AP)
SHANGHAI: China melancarkan kapal amfibia generasi baharunya, Type 076, yang pertama, dinamakan Sichuan, di Shanghai pada Jumaat, lapor Xinhua.
Dinamakan sempena wilayah Sichuan di barat daya China, kapal baharu yang dibangunkan secara mandiri itu telah dilancarkan dalam satu majlis pelancaran dan penamaan. Ia diberikan nombor lambung 51.
Sichuan mempunyai muatan penuh melebihi 40,000 tan serta dilengkapi superstruktur berkembar dan dek penerbangan sepanjang kapal.
Ia menggabungkan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap, yang membolehkannya membawa pesawat sayap tetap, helikopter dan peralatan amfibia.
Sebagai kapal amfibia generasi baharu Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat China, ia memainkan peranan penting dalam memajukan transformasi Tentera Laut dan meningkatkan keupayaan tempur di laut lepas, menurut pegawai Tentera Laut.
Selepas pelancarannya, kapal itu akan menjalani beberapa siri ujian terancang, termasuk pentauliahan peralatan, ujian tambatan dan ujian laut.
Tentera Laut China terus meningkatkan keupayaannya dalam menjalankan operasi tempur amfibia dan pendaratan pelbagai dimensi.
Pada 2019, ia memperkenalkan kapal amfibia kelas 075 yang pertama, Hainan, di Shanghai. Hainan secara rasmi memasuki perkhidmatan pada April 2021. Dua lagi kapal amfibia Type 075, Guangxi dan Anhui, turut telah ditauliahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#kapal amfibia generasi baharu
#Tentera Laut China
#Type 076
#Sichuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan