awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China lancar pusat amaran tsunami Laut China Selatan di Hainan

Bernama
Bernama
08/06/2025
13:06 MYT
China lancar pusat amaran tsunami Laut China Selatan di Hainan
Pusat di Sanya itu juga bakal menjadi platform kerjasama antarabangsa dalam bidang ramalan dan amaran lautan. - Astro AWANI
HAIKOU: Pusat Amaran Tsunami Laut China Selatan mula beroperasi pada Ahad di wilayah selatan China, Hainan, bertujuan menyediakan perkhidmatan amaran awal bencana laut kepada negara serantau, lapor Xinhua.
Pusat yang terletak di bandar raya pesisir Sanya dalam fasa percubaan ketika ini, ditubuhkan oleh Pusat Ramalan Alam Sekitar Marin Kebangsaan China bersama pentadbiran lautan wilayah Hainan.
Penubuhan pusat itu bertujuan membangunkan sistem amaran awal pelbagai ancaman secara menyeluruh melibatkan tsunami, gelombang haba laut, ledakan alga berbahaya dan bencana marin lain.
Selain itu, pusat ini juga bakal menjadi platform kerjasama antarabangsa dalam bidang ramalan dan amaran lautan.
Pada hari yang sama, satu tapak ujian laut dalam turut dilancarkan di Sanya bagi menyokong penyelidikan asas sains laut dalam, inovasi teknologi, serta pembangunan industri berkaitan.
Wilayah Laut China Selatan terdedah kepada risiko tsunami dan bencana laut lain disebabkan keadaan tektonik yang kompleks, termasuk garis sesar aktif dan gempa bumi dasar laut yang kerap berlaku di kawasan berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat amaran tsunami
#sanya
#China
#amaran
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan