BEIJING: China akan memanfaatkan kelebihan saiz pasaran yang besar pada tahun ini selain meningkatkan import produk berkualiti dari negara lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), Li Xingqian dalam sidang media pada Khamis.
Di sebalik impak negatif pelbagai unsur di luar jangkaan, jumlah import dan eksport China mencipta rekod tertinggi dengan menokok RMB40 trilion (RM26.7 trilion) pada 2022.
"Perkembangan perdagangan luar menghadapi kesukaran pada masa ini ekoran risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat, permintaan luaran bergerak perlahan dengan ketara selain rantaian bekalan antarabangsa yang menyaksikan penstrukturan semula.
"Dengan ini, usaha diperlukan untuk menstabilkan skala dan memperbaiki struktur perdagangan luar untuk memastikan eksport dapat berperanan sebagai tunjang ekonomi negara," kata Li.
Tegas beliau, China akan menggalakkan siri pameran perdagangan domestik diadakan secara fizikal termasuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) serta Pameran Import dan Eksport China dan Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF).
Kata Li, ia adalah untuk meningkatkan perkembangan format perdagangan luar baharu yang meliputi e-dagang rentas sempadan dan gudang luar negara bagi memperkukuh daya saing perdagangan luar.
Untuk rekod, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) di China kekal meningkat pada 2022 dengan mencatat RMB1.2 trilion(RM760 bilion), secara tidak langsung mencipta rekod baharu dalam sejarah selain turut mengungguli tangga di dunia.
Pegawai Jabatan Pentadbiran Pelaburan Asing MOFCOM, Meng Huating pula berpendapat, banyak pertubuhan antarabangsa meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China pada 2023 baru-baru ini.
Beliau berkata kaji selidik turut menunjukkan kebanyakan syarikat asing di China mempunyai keyakinan penuh terhadap prospek pertumbuhan ekonomi di negara ini.
"China yang mempunyai populasi 1.4 bilion merupakan pasaran penggunaan kedua terbesar di dunia.
"Perluasan skala pasaran akan memberikan dorongan kuat kepada pedagang asing untuk melabur di negara ini," kata Meng.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Jumlah import dan eksport China mencipta rekod tertinggi dengan menokok RMB40 trilion (RM26.7 trilion) pada 2022. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.