XI'AN: Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) ke-14 yang bertemakan "Sektor Pelancongan Penggalak Pertukaran Sosiobudaya China-AS" dirasmikan di bandar Xi'an, wilayah Shaanxi pada Rabu.
Ia bertujuan menambah dialog dan memperkasa kerjasama supaya dapat berganding bahu merancakkan landskap pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Petugas dari pihak China menyatakan bahawa Beijing bersedia mempertingkat kerjasama dengan AS, mengalu-alukan syarikat negara itu memperluas pelaburan di China dalam bidang perhotelan, katering, kebudayaan dan hiburan, serta menyokong agensi pelancongan AS menambah pakej ke China supaya dapat berkongsi peluang pembangunan di negara ini.
Menurut petugas itu, AS diharap menyediakan layanan yang lebih adil, telus dan terbuka kepada agensi pelancongan China yang merancang memulakan atau memperincikan urus niaga di negaranya.
Beliau berkata China mengalu-alukan kedatangan pelancong asing, termasuk dari AS ke negara itu dan akan berusaha meningkatkan perkhidmatan dalam memudahkan warga asing yang bertugas atau melancong di China.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Perdagangan AS bagi Hal Ehwal Industri dan Analisis, Grant Harris dalam ucapannya yang disampaikan dalam aktiviti berkenaan menyatakan bahawa AS menyasarkan akan menerima kunjungan 91 juta pelancong asing pada tahun 2026.
Beliau berkata kejayaan menarik lebih ramai pelancong dari China merupakan antara faktor penentu bagi mencapai sasaran itu.
"Kalau jumlah pelancong China ke AS pulih ke paras yang tercatat pada tahun 2019, lebih daripada 50,000 peluang pekerjaan akan tercipta di negaranya," katanya.
Beliau menekankan bahawa dialog peringkat tinggi kali ini merupakan satu langkah signifikan bagi memperluas kerjasama pelancongan kedua-dua negara.
Berlangsungnya Dialog Peringkat Pelancongan China-AS juga merupakan sebahagian pelaksanaan konsensus penting yang tercapai dalam pertemuan pemimpin kedua-dua negara di San Francisco tahun lepas.
Presiden kedua-dua negara, masing-masing mengutus surat tahniah kepada majlis perasmian Dialog ini, menggambarkan kedua-dua pihak peka akan pertukaran sosiobudaya termasuk pelancongan.
Hadir sama, hampir 400 orang daripada jabatan kerajaan, agensi di peringkat daerah dan sektor korporat kedua-dua negara.
Para peserta sebulat suara menyatakan mereka komited terus menggerakkan kerjasama pelancongan dan menggalakkan pertukaran kedua-dua negara dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Petugas dari pihak China menyatakan bahawa Beijing bersedia mempertingkat kerjasama dengan AS, mengalu-alukan syarikat negara itu memperluas pelaburan di China. - Gambar fail/Astro AWANI
Tindakan beri Penyu makan boleh sebabkan kepupusan
Banyak punca menyebabkan penyu menjadi antara spesies yang diancam kepupusan dan salah satu daripadanya ialah dengan tindakan memberi haiwan itu makan. Menuurt Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Uzair Rusli, memberi makan kepada penyu akan menjejaskan kesihatannya.
RON95: KPDN keluar arahan larangan pembelian berulang di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan arahan larangan pembelian berulang RON95 di semua stesen minyak di Kelantan bagi mengelakkan petrol bersubsidi berkenaan diseleweng ke Thailand.
10 laluan smartlane diaktifkan, trafik terkawal
Pengaktifan itu bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di lebuh raya pada cuti perayaan Aidiladha.
AWANI Borneo [16/04/2024] - Jangan ambil kesempatan | PRN Sabah | Hari Raya Aidiladha
Awani Borneo 16 Jun 2024 bersama Assim Hassan;
> PPR kemudahan untuk rakyat, bukan disewa atau dijual
> PRN Sabah: calon jadi sandaran pengundi, bukan lagi parti
> Medan Niaga Satok meriah, lemang juga jadi tumpuan sempena Aidiladha
> PPR kemudahan untuk rakyat, bukan disewa atau dijual
> PRN Sabah: calon jadi sandaran pengundi, bukan lagi parti
> Medan Niaga Satok meriah, lemang juga jadi tumpuan sempena Aidiladha
Calon jadi sandaran pengundi, bukan lagi parti
Pengundi dilihat tidak lagi hanya memilih sesuatu parti sebaliknya mengundi calon yang akan ditampilkan parti politik selain diyakini boleh mewakili mereka.
Syarikat Kanada teroka peluang di Bau
Kerajaan Sarawak menjemput syarikat Kanada untuk meneroka peluang dalam sektor perlombongan emas.
Tempahan awal lemang warisan elak pengunjung kecewa
Pelanggan Lemang Warisan Kampung No 5 buat tempahan awal sempena Hari Raya Aidiladha bagi elak kecewa.
Kemudahan untuk rakyat, bukan disewa atau dijual
Penduduk yang berpeluang mendapat kemudahan Program Perumahan Rakyat (PPR) dinasihatkan tidak ambil kesempatan menjual atau menyewakan rumah tersebut.
100 hektar tapak semaian alga dikenalpasti di Gedong
Gedong turut dipilih sebagai lokasi penanaman alga selepas Sejingkat dan Bintulu.
Tinjauan Medan Niaga Satok, barangan keperluan mencukupi
Tinjauan AWANI Borneo di Medan Niaga Satok mendapati masih ramai yang mencuba nasib di sebelah petang walaupun banyak barangan habis terjual di waktu kemuncak sebelah pagi.
Malaysia perkenal NIMP 2030, atasi penyahindustrian pramatang
Malaysia melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) sebagai usaha strategik untuk mengatasi masalah penyahindustrian pramatang.
Sarawak sedia keluar dana projek tanam padi - Abang Johari
Kerajaan Sarawak bersedia memperuntukkan sejumlah dana dalam projek penanaman padi bagi memastikan pengeluaran beras dan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
Seluas-luas ekosistem TVET, masih dianggap pilihan kedua?
Iltizam kerajaan untuk memperkukuh ekosistem TVET terus diperkuatkan lagi dengan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi, manfaatkan 13,000 pelajar.
Malaysia raih manfaat daripada enam dekad pelaburan Jepun - Johari
Johari yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Negara Matahari Terbit bermula Isnin.
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.
Pembangunan ekonomi perak diberi tumpuan hadapi negara menua
Anwar berkata, selain pembangunan teknologi negara juga akan mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal.
Kembangkan perniagaan, Jakel komited labur RM1 bilion tahun ini dan banyak lagi tahun depan
Menurut Muhammad Ashraf, infrastruktur digital adalah komponen utama dalam strategi kepelbagaian kumpulan Jakel sekarang.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.