awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China perkenal prototaip kereta api Maglev berkelajuan 600 km/ j

Bernama
Bernama
10/07/2025
22:20 MYT
China perkenal prototaip kereta api Maglev berkelajuan 600 km/ j
Prototaip Maglev baharu keluaran China berukuran 29.355 meter panjang, 3.0 meter lebar dan 3.5 meter tinggi. - Gambar AP
BEIJING: China telah melancarkan sebuah prototaip kereta api magnetik terapung (Maglev) baharu yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam, menurut koresponden Sputnik/RIA Novosti.
CRRC Changchun Railway Vehicles mempamerkan prototaip itu pada Kongres Kereta Api Berkelajuan Tinggi Sedunia ke-12 yang berlangsung di Beijing dari 8 hingga 11 Julai.
"Pada masa ini, kami masih berada di peringkat penyelidikan teknikal. Kami berharap dalam tempoh lima tahun akan datang, pembinaan landasan untuk operasi komersial dapat dimulakan," kata Shao Nan, Jurutera Kanan CRRC Changchun Railway Vehicles kepada RIA Novosti.
Ini merupakan kereta api Maglev pertama China yang menggunakan magnet superkonduktor bersuhu tinggi bersaiz penuh, kata Shao.
Kereta api seperti ini akan menjadi pilihan utama untuk perjalanan antara bandar-bandar besar China termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Wuhan.
Prototaip Maglev baharu ini berukuran 29.355 meter panjang, 3.0 meter lebar dan 3.5 meter tinggi.
Maglev ini menggunakan sistem gantungan dwi-mod: kereta api berjalan menggunakan roda getah pada kelajuan rendah dan akan menaikkan roda berkenaan untuk beralih ke mod magnetik terapung setelah mencapai kelajuan 150 kilometer sejam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#kereta api Maglev
#kereta api magnetik terapung
#CRRC Changchun Railway Vehicles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan