DUNIA
China perkenal "Visa ASEAN" untuk 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste

Lin Jian dalam satu sidang media berkata "Visa ASEAN" akan menawarkan visa pelbagai kemasukan selama lima tahun kepada pemohon yang layak untuk tujuan lawatan perniagaan ke China. - Foto Reuters
BEIJING: China mengumumkan pelaksanaan "visa ASEAN" yang akan ditawarkan kepada rakyat dari 10 negara anggota ASEAN serta Timor-Leste selaku pemerhati ASEAN, sebagai usaha untuk mempermudah urusan perjalanan dan pertukaran rakyat antara China dan Asia Tenggara.
Ringkasan AI
- China memperkenalkan "Visa ASEAN": Visa ini akan diberikan kepada rakyat dari 10 negara anggota ASEAN dan Timor-Leste bagi mempermudah perjalanan dan pertukaran rakyat antara China dan Asia Tenggara.
- Tempoh visa dan kategori pemohon: Visa ini menawarkan pelbagai kemasukan selama lima tahun untuk pemohon yang layak bagi lawatan perniagaan, termasuk pasangan dan anak-anak mereka dengan tempoh maksimum tinggal sehingga 180 hari setiap kemasukan.
- Inisiatif seiring hubungan ASEAN-China: Langkah ini bertujuan memperkukuh hubungan serantau, melanjutkan pengecualian visa yang telah diberikan kepada beberapa negara ASEAN, serta menyokong pembinaan komuniti yang aman dan makmur.
Lin menjelaskan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN kian diperkasa, dan usaha bersama untuk membentuk "sebuah rumah yang aman, damai, makmur, indah dan bersahabat" semakin membuahkan hasil dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut beliau, pertukaran lawatan antara rakyat China dengan rakyat negara-negara Asia Tenggara sangat erat, dan kemudahan lebih lanjut dalam pertukaran itu merupakan hasrat bersama semua pihak.
"Visa ASEAN" akan menawarkan visa pelbagai kemasukan selama lima tahun kepada pemohon yang layak untuk tujuan lawatan perniagaan ke China, katanya.
Visa itu turut meliputi pasangan dan anak-anak mereka, dengan tempoh maksimum tinggal di China sehingga 180 hari bagi setiap kemasukan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami