awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza

Bernama
Bernama
26/12/2024
09:29 MYT
China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China menyerahkan dua kumpulan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza pada 23 Disember, melibatkan bijirin dan ubat-ubatan, melalui Mesir. -Gambar hiasan
KAHERAH: China menyerahkan dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada 23 Disember.

Ringkasan AI
  • China menyerahkan dua kumpulan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza pada 23 Disember, melibatkan bijirin dan ubat-ubatan, melalui Mesir.
  • Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang, menyatakan bahawa bantuan ini bertujuan meredakan ketegangan kemanusiaan di Gaza dan China akan terus mengekalkan komunikasi dengan Palestin dan Mesir untuk bantuan berterusan.
  • Duta Besar Palestin ke Mesir, Diab al-Louh, mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan kecemasan ini dan memuji sokongan China terhadap perjuangan rakyat Palestin di arena antarabangsa.

Majlis penandatanganan sijil penyerahan barangan berkenaan disaksikan oleh Duta Besar China ke Mesir Liao Liqiang dan Duta Besar Palestin ke Mesir Diab al-Louh di sini.
Liao Liqiang menyatakan bahawa demi meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Gaza, kerajaan China menghulurkan bantuan yang sesuai kepada Palestin secara berterusan melalui Mesir. Barangan bantuan berkenaan melibatkan bijirin dan ubat-ubatan.
Menurut beliau, China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Diab al-Louh pula menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada bantuan kecemasan China bagi mengurangkan kesengsaraan rakyat di Gaza.
Beliau turut memuji China yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin demi keadilan dan bersuara untuk Palestin di arena antarabangsa. Ini sememangnya menggambarkan persahabatan yang mendalam antara Palestin dan China serta menunjukkan China menggalas tanggungjawab yang selaras dengan negara kuasa besar.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Duta Besar China ke Mesir
#Liao Liqiang
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan