Skip to main content
Advertisement

Dunia

AS, China setuju lanjut "gencatan perdagangan" dua bulan hingga 10 Jan

US Treasury Secretary Scott Bessent looks on as he speaks to the media at the World Bank on the day of a meeting with Chinese Vice Premier He Lifeng, in Washington, D.C., US, September 23, 2026. REUTERS/Nathan Howard REFILE - CORRECTING INFORMATION FROM "AHEAD OF A MEETING" TO "ON THE DAY OF A MEETING" AND ADDING "SPEAKS TO THE MEDIA AT THE WORLD BANK".
Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melanjutkan "gencatan perdagangan" antara kedua-dua negara selama dua bulan hingga 10 Jan, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melanjutkan "gencatan perdagangan" antara kedua-dua negara selama dua bulan hingga 10 Jan, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent pada Rabu, lapor Kyodo News.

Gencatan selama setahun itu yang menjadi antara elemen penting dalam usaha meredakan ketegangan antara AS dan China, sebelum ini dijadual berakhir pada 10 Nov.

Selepas kedua-dua negara saling mengenakan tarif melebihi 100 peratus, Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping bersetuju melaksanakan gencatan itu ketika mereka bertemu secara bersemuka di Korea Selatan pada Oktober tahun lepas.

Bessent berkata, pegawai AS dan China bersetuju mengenai lanjutan itu pada awal Rabu.

“Kami bertemu hari ini untuk melihat sama ada kami boleh mencapai perjanjian yang lebih besar berbanding hanya beberapa siri perjanjian kecil,” kata beliau. 

Kenyataan Bessent dibuat ketika Trump menyambut ketibaan Xi di Pangkalan Bersama Andrews di pinggir Washington.

Persoalan sama ada dua ekonomi terbesar dunia itu akan melanjutkan gencatan berkenaan menjadi antara perkara yang paling diberi perhatian menjelang pertemuan Trump-Xi di White House pada Khamis.

-- BERNAMA-KYODO

 

Must Watch Video

Advertisement