SYDNEY: Seekor cicak betina yang mempunyai dua kepala menjadi tumpuan ramai selepas seorang pemilik akaun Instagram berkongsi video tentang keistimewaan yang ada pada reptilia itu baru-baru ini.

Video cicak itu juga mempunyai tiga mata dan lidah berwarna biru dikongsikan oleh seorang pengasas Zoo Reptilia di California, Amerika Syarikat (AS), Jaya Brewer yang mempunyai lebih lima juta pengikut di akaun Instagramnya.

Pada mulanya, cicak itu yang bernama Lucky ditemui oleh seorang awam dan menghantarnya ke Taman Reptilia Australia di utara Sydney untuk dipulihara pada tahun 2019.

Ramai pengikut Brewer di Instagram menyatakan rasa kagum mereka dan seolah-olah tidak percaya apabila melihat video tersebut sehingga ia mendapat puluhan ribu tanda suka atau 'like' di rangkaian perkongsian video dan gambar tersebut.

Mata ketiga cicak itu terletak di tengah-tengah kepala haiwan itu.


Haiwan yang mempunyai kecacatan seperti cicak tersebut pada kebiasaannya tidak mempunyai umur yang panjang kerana ia mengalami kesukaran untuk mengelak daripada menjadi mangsa haiwan lain.

Bagaimanapun, haiwan berkepala dua telah wujud sejak berabad-abad lalu dengan reptilia lebih banyak mempunyai dua kepala.

Cicak yang mempunyai lidah berwaran biru pula banyak terdapat di Australia dan ia boleh ditemui di kawasan belukar negara tersebut.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.