ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397,000 kes.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta


Ini diikuti Brazil dengan lebih 209,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

BACA: Kes positif dunia melebihi 94.82 juta